Ramai orang rasa mereka gagal.
Tapi sebenarnya…
Mereka bukan gagal.
Mereka cuma tak tahu mereka sedang berada di fasa hidup mana.
Umur 25 – 29
Rasa kosong.
Tukar kerja berkali-kali.
Tapi tetap rasa tak ke mana.
Ini bukan masa untuk jadi hebat.
Ini masa untuk jatuh, belajar, dan bangun balik.
Kalau anda sedang dalam fasa ini — percaya satu perkara:
Anda sedang bina akar, bukan hasil.
Dan itu normal.
Umur 30 – 35
Masih ikut arahan.
Buat kerja tapi tak faham kenapa.
Rasa sibuk tapi tak rasa hidup.
Kalau masih tunggu disuruh,
Mungkin anda sedang stuck dalam sistem yang tak beri makna.
Ini masa untuk mula cari struktur sendiri.
Bina nilai, bukan tunggu gaji naik.
Umur 36 – 44
Masih buat kerja yang sama macam 10 tahun lepas.
Tiada peningkatan.
Tiada cabaran baru.
Itu bukan setia, itu stagnan.
Ilmu dan pengalaman anda sangat bernilai.
Ini masa untuk letak harga pada ilmu.
Bukan lagi sekadar jual masa dan tenaga.
Umur 45 ke atas
Bukan masa kejar jawatan.
Bukan masa banding gaji.
Ini masa cari erti — dan mula ajar orang lain jadi manusia.
Kalau anda dah sampai tahap ini,
mungkin sudah tiba untuk membina warisan, bukan hanya kerjaya.
Kesimpulannya?
Ramai orang stuck.
Tapi bukan sebab malas.
Bukan sebab bodoh.
Mereka cuma tak tahu mereka sedang main game apa, dan dalam fasa mana.
Kalau anda baca sampai sini, dan anda masih rasa belum “habis”,
mungkin ini petanda:
👉 Anda dah sedia untuk mula semula — dengan kesedaran.
Nota Dari Tuan Amin
Saya percaya setiap manusia ada waktu bangkitnya.
Dalam pasukan saya, saya tak cari yang sempurna.
Saya cari mereka yang tahu kenapa mereka belum habis.
Dan bersedia untuk mula, walau dari bawah.
Mamyhome bukan sekadar syarikat.
Kami tempat untuk mereka yang sedang bina makna,
bukan hanya cari kerja.

Seorang usahawan ID berpengalaman lebih 15 tahun dalam Industri Reka Bentuk Dalaman, beliau adalah Pengarah Urusan, penulis, dan penceramah yang telah mengasaskan kumpulan syarikatnya sendiri pada tahun 2009.



