Ramai pemilik rumah Semi-D dan corner lot buat keputusan sambung rumah sebab rasa sempit, tapi akhirnya menyesal. Rumah yang sepatutnya lebih selesa, jadi makin panas, gelap, dan tak praktikal.
Lebih teruk lagi, kalau sambungan tak ikut garis sempadan atau undang-undang majlis, jiran boleh saman. Ya, ini realiti yang ramai tak tahu.

Kenapa Banyak Sambungan Rumah Semi-D Gagal?
Kesilapan paling besar: sambung rumah hanya fikirkan binaan, bukan fungsi kehidupan sebenar.
Kami pernah jumpa pemilik rumah Semi-D & corner lot yang dah belanja RM300,000 – RM800,000, tapi:
- Dapur tetap sempit & tak praktikal
- Ruang kerja tak sesuai untuk rutin harian
- Siling mula retak selepas setahun
- Lantai mendap & susah nak baiki
Kenapa semua ini berlaku? Sebab sambungan dibuat terlalu cepat, tanpa faham apa sebenarnya yang diperlukan hari ini dan 5 tahun akan datang.
Sambungan Rumah Bukan Soal Nak Besar, Tapi Soal Hidup
Ramai fikir sambung rumah = tambah ruang. Hakikatnya, sambungan rumah bukan soal besar semata-mata, tapi tentang:
✅ Gaya hidup yang berubah – anak makin besar, ibu bapa datang tinggal bersama, atau kerja dari rumah.
✅ Aliran cahaya & angin semula jadi – sambungan salah boleh sekat angin, buat rumah panas & gelap.
✅ Keperluan privasi & fleksibiliti – ruang yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi.
✅ Nilai hartanah jangka panjang – sambungan salah boleh turunkan harga rumah, bukan naikkan.
Kalau sambung tanpa fikir semua ini, anda bukan saja rugi ratusan ribu, tapi juga hilang ketenangan hidup setiap hari.
Masa Paling Sesuai Untuk Sambung Rumah?
Jangan sambung rumah hanya sebab “nampak sempit”. Masa paling tepat ialah bila:
✅ Rutin keluarga dah tak selari – anak makin besar, ahli keluarga bertambah.
✅ Kewangan stabil & fikiran matang – sambungan bukan pelaburan kecil.
✅ Dah jelas keperluan masa depan – ruang ini masih relevan bila anak-anak masuk universiti nanti?
Yang paling penting, mula dengan soalan, bukan ukuran.
Soalan Wajib Sebelum Extend Rumah Semi-D
Sebelum mula, tanya diri anda (dan pasangan):
- Adakah sambungan ini akan sekat angin & cahaya semula jadi?
- Untuk siapa ruang ini bila anak-anak dah dewasa?
- Boleh tak satu ruang buat 3 fungsi sekaligus?
- Paras lantai asal & sambungan serasi atau akan jadi tinggi sebelah?
- Kalau gaya hidup berubah 10 tahun dari sekarang, ruang ini masih berguna?
Kalau semua soalan ini belum ada jawapan, berhenti dulu. Sambungan yang terburu-buru hanya tambah masalah.

Risiko Undang-Undang: Jiran Pun Boleh Saman
Ramai tak tahu, sambungan rumah Semi-D ada sempadan undang-undang yang jelas. Kalau anda buat sambungan:
❌ Lebih dari garis sempadan yang ditetapkan majlis
❌ Mengganggu privasi atau sekat cahaya jiran
❌ Tak ikut pelan diluluskan PBT
Jiran ada hak buat aduan. Paling teruk, anda boleh kena saman dan diarahkan robohkan semula sambungan.
Bayangkan dah habis RM200k, lepas tu kena roboh semula – kos, masa & maruah semua melayang.
Kenapa Perlu Audit Rumah Sebelum Sambung?
Audit rumah bukan sekadar ukur saiz. Ia bantu anda faham:
✅ Potensi aliran angin & cahaya semula jadi
✅ Struktur asal yang selamat untuk ditambah
✅ Kesesuaian ruang untuk gaya hidup masa depan
✅ Undang-undang & sempadan PBT yang perlu dipatuhi
Bila semua ini jelas, barulah sambungan rumah jadi pelaburan berbaloi, bukan pembaziran.
Bagaimana Mamyhome Bantu Elak Kesilapan Sambungan?
Di Mamyhome, kami bukan sekadar tambah ruang. Kami audit dulu keperluan & gaya hidup anda, supaya sambungan bukan hanya cantik, tapi berfungsi & bernilai jangka panjang.
Kami tanya soalan yang ramai tukang tak akan tanya, contohnya:
- “Bila anak-anak dah pindah, ruang ni masih boleh guna?”
- “Boleh tak ruang ni dibahagi fleksibel ikut masa?”
- “Kalau jual rumah nanti, sambungan ni naikkan harga atau turunkan?”
Kami sambung kehidupan – dengan ilmu, fungsi & maruah.

Tak Nak Bazir RM100k Ke Atas Sebab Silap Mula?
Kalau anda tengah rancang nak sambung rumah Semi-D atau corner lot, jangan terus buat tanpa pelan matang.
✅ Audit dulu rumah – hanya RM950
✅ Elak risiko roboh sambungan
✅ Rancang sambungan ikut gaya hidup sebenar
✅ Selamatkan nilai hartanah anda
📱 WhatsApp kami di 013-295 8565
🌐 Atau layari: www.mamyhome.com
Biar kami semak & rancang secara profesional, supaya sambungan rumah anda tak membazir dan tak menyesal.

Kesimpulan
Sambung rumah Semi-D bukan sekadar tambah saiz. Kalau silap langkah, rumah makin panas, gelap, dan jiran pun boleh saman.
Mulakan dengan audit & soalan yang betul, bukan terburu-buru dengan ukuran. Sambungan yang dirancang dengan ilmu akan tambah nilai hidup, bukan tambah masalah.

Seorang usahawan ID berpengalaman lebih 15 tahun dalam Industri Reka Bentuk Dalaman, beliau adalah Pengarah Urusan, penulis, dan penceramah yang telah mengasaskan kumpulan syarikatnya sendiri pada tahun 2009.



