Panduan Mudah Renovasi Rumah Airbnb: Jadikan Design Rumah Yang Disukai, Dipesan, dan Dikenang

Bacaan 4 minit

Ramai pemilik rumah cuba buat Airbnb sendiri — tapi kecewa bila rumah cantik tak dapat sambutan.

Kenapa jadi begitu? 

Jawapannya terletak pada satu perkara yang ramai terlepas pandang: design yang nampak lawa belum tentu berfungsi.

Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap untuk bantu anda renovate rumah jadi Airbnb yang bukan saja cantik, tapi juga mudah diurus, disukai tetamu, dan tinggi potensi booking semula.

1. Kesilapan Ramai Pemilik Airbnb Baru

Antara punca utama rumah Airbnb kurang disewa walaupun dah siap cantik:
 • Design ikut trend TikTok, bukan gaya hidup penyewa sebenar
 • Rumah terlalu padat dengan dekorasi yang sukar diurus
 • Tiada zon penyimpanan, susah nak kemas
 • Layout tak sesuai untuk tetamu yang berbeza-beza

2. Siapa Tetamu Airbnb Anda? (Segmentasi Penting Sebelum Renovate)

Sebelum design rumah untuk Airbnb, anda perlu tahu siapa yang akan datang. Berikut lima segmen utama tetamu:

a) Solo Traveler / Business Trip

Fokus pada keselesaan, privasi, dan kemudahan kerja.

b) Pasangan

Cari lighting cantik, suasana tenang dan romantic vibes.

c) Keluarga Kecil

Mahu dapur praktikal, ruang makan cukup, bilik selesa untuk 4–6 orang.

d) Long-Stay / Workcation

Fokus pada storage, laundry, dan suasana seperti rumah sendiri.

e) Group Gathering

Perlukan ruang sosial, tempat BBQ, permainan atau projector.

3. Perlu Ke Ada Kolam Renang Untuk Airbnb?

Ramai fikir kolam renang wajib untuk tarik tetamu. Jawapannya:
 • Tidak wajib.
 • Kolam boleh jadi kelebihan jika sasarkan pasaran staycation atau group.

Alternatif WOW yang lebih murah:
 • Mini deck dengan lampu fairy
 • Outdoor bathtub + privacy
 • Sudut gambar cantik dalam rumah (Instagram corner)
 • Sudut doa atau relaks yang unik

4. 7 Ciri Rumah Airbnb Yang Disukai Tetamu


 1. Kesan pertama: lighting selesa, bau wangi, ruang kemas
 2. Flow jelas: dari masuk ke tempat letak barang hingga ke ruang rehat
 3. Lighting berlapis: siang natural, malam mood warm
 4. Visual kuat: warna neutral + accent wall
 5. Dapur mesra pengguna: tak perlu cantik, cukup lengkap
 6. Tempat simpan beg & barang: jangan biar tetamu letak beg atas katil
 7. Info mudah: manual ringkas (WiFi, TV, check-out)

BACA LAGI : 5 SEBAB PENTING KENAPA ANDA PERLU RENOVASI RUMAH

5. Sistem Yang Mudahkan Tuan Rumah & Cleaner


 • Guna bahan tahan lasak (vinyl, quartz top, lampu dinding)
 • Perabot loose untuk mudah ganti
 • Tukar cadar & kemas dalam 45–60 minit
 • Sistem digital lock & self check-in
 • Letak cleaning SOP & checklist tersimpan kemas

BACA LAGI : 10 KESILAPAN MAHAL DALAM RENOVASI RUMAH DI MALAYSIA

6. Strategi Tambahan Untuk Dapat Booking Lebih Banyak


 • Ambil gambar waktu siang & malam
 • Guna caption yang tunjuk rasa (“Tempat anda tenang lepas hari panjang…”)
 • Tetapkan minimum stay 2 malam
 • Sediakan ruang tamu yang “Instagrammable”
 • Buku kecil tetamu: pengalaman, ucapan, review

Rumah Airbnb Yang Berjaya Bukan Sekadar Cantik — Tapi Jelas & Terurus

Jika anda nak bina Airbnb yang dipesan semula,
jangan mula dengan trend.
Mula dengan fahami siapa yang anda nak jemput masuk.

BACA LAGI : INI SEBAB RUMAH ANDA RASA BIASA-BIASA JE – 3 KESILAPAN YANG RAMAI TAK SEDAR

Mamyhome kini membuka 15 slot Sesi Clarity untuk pemilik rumah

yang mahu ubah rumah jadi Airbnb —
yang bukan sekadar cantik, tapi juga selesa, tahan & berfungsi.

Tempah Sesi Clarity Airbnb Anda Sekarang