Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang memenuhi syarat. Selain menahan diri daripada makan dan minum, berniat sebelum berpuasa adalah syarat utama bagi memastikan puasa itu sah.
Cara Niat Puasa di Bulan Ramadan
Niat puasa boleh dilakukan setiap malam sebelum Subuh atau secara sekali gus untuk sebulan penuh. Berikut adalah lafaz niat yang boleh diamalkan:
1. Niat Puasa Harian
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
2. Niat Puasa Sebulan Penuh
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Kesimpulan
Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga satu bentuk latihan rohani untuk mendidik diri menjadi lebih sabar dan bertakwa.
Amin Yussoff mewakili seluruh warga Mamyhome ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan, dan kebahagiaan kepada kita semua. Selamat berpuasa!
Sumber : Mufti WP

Seorang usahawan ID berpengalaman lebih 15 tahun dalam Industri Reka Bentuk Dalaman, beliau adalah Pengarah Urusan, penulis, dan penceramah yang telah mengasaskan kumpulan syarikatnya sendiri pada tahun 2009.