Audit rumah selalunya dianggap “tak penting” oleh ramai pemilik rumah. Tapi bila dah renovate dan silap, baru sedar betapa pentingnya buat audit SEBELUM mula.
Di Mamyhome, kami dah urus ratusan projek rumah mewah dan sederhana—dan kami perasan satu corak jelas: ada 8 jenis klien yang paling perlukan audit rumah, tapi selalu terlewat sedar. Bila sedar, kos pun dah meletup, struktur dah ubah, dan ruang dah tak boleh nak undur balik.
Jadi kalau anda tergolong dalam mana-mana kategori ini, jangan tunggu sampai menyesal. Audit dulu, baru renovate.
1. Pemilik Rumah Baru Subsale (Tapi Tak Tahu Apa Yang Rosak)
Ramai beli rumah second-hand/subsale yang nampak okay secara luaran. Tapi hakikatnya:
- Paip lama berkarat
- Dinding ada retakan halus
- Wiring tak ikut standard
- Lantai tak rata
Audit rumah penting untuk detect semua ini sebelum buat plan baru. Kalau tak, anda akan renovate di atas “bom jangka”.
2. Owner Rumah Lama Nak ‘Refresh’ Tapi Tak Tahu Mana Nak Mula
Jenis ni biasanya duduk rumah yang sama >10 tahun, anak makin besar, rumah makin sempit. Tapi dia confuse:
- Nak ubah dapur ke?
- Tambah bilik?
- Extend belakang?
Audit rumah bantu susun keutamaan ikut bajet dan impak, supaya ubah suai bukan sekadar cantik, tapi berfungsi.
3. Pemilik Yang Nak Tambah Ruang – Tapi Belum Kira Potensi & Risiko
Ramai nak extend dapur, buat bilik bawah, atau tambah porch. Tapi tak semak:
- Cukup tak level lantai?
- Ada tak ruang udara/jarak minimum ikut syarat?
- Struktur asal boleh tampung beban baru?
Audit rumah akan ukur, semak, dan kira balik supaya anda tak bazir duit pada plan yang tak boleh lulus pun.
4. Klien Yang Banyak Idea Sendiri (Tapi Tak Validkan Secara Teknikal)
Jenis ini biasanya penuh inspirasi dari Pinterest, IG, YouTube:
- Nak island besar
- Nak feature wall kayu
- Nak bilik air ada skylight
Masalahnya, dia tak tahu rumah dia sesuai atau tak. Audit rumah bantu validkan idea, dan beri cadangan alternatif yang praktikal & tetap cantik.
5. Pemilik Yang Ada Bajet Besar Tapi Tak Ada ‘Direction’ Jelas
Kita pernah jumpa klien dengan bajet RM300k ke atas… tapi tak tahu nak fokus dekat mana. Hasilnya:
- Spend RM100k dekat feature wall tapi dapur sempit
- Bina kabinet cantik tapi wiring lama
- Beli lampu mahal tapi siling bocor
Audit rumah beri gambaran big picture: mana beri impak, mana boleh cut cost.
6. Pasangan Muda Yang Baru Kahwin & Nak Rumah ‘Ideal’
Jenis ini biasanya emosi lebih dari strategi. Impian tinggi (bagus!) tapi:
- Bajet ketat
- Kurang pengalaman dengan contractor
- Tak tahu nak plan ikut 5 tahun akan datang
Audit bantu buat pelan ikut realiti sekarang + keperluan masa depan. Jadi rumah bukan hanya sesuai untuk 2 orang, tapi juga bila anak dah masuk sekolah nanti.
7. Pemilik Rumah Yang Pernah Renovate Tapi Tak Puas Hati
Mereka ni pernah buat renovation sebelum ni, tapi:
- Rasa rumah sempit
- Tak selesa bila ramai tetamu
- Bilik anak tak cukup cahaya
- Dapur tak cukup ruang masak
Audit rumah akan bantu autopsi design lama, dan rancang upgrade baru yang selesa, luas dan praktikal.
8. Klien Yang Rancang Sewakan, Jual atau Nak Naikkan Nilai Rumah
Ni antara yang paling underrated.
Kalau anda nak:
- Sewakan rumah dengan harga lebih tinggi
- Flip property
- Jual rumah dengan nilai lebih baik
Audit rumah bantu:
- Fokus pada ruang ‘bernilai tinggi’ seperti dapur & bilik air
- Rancang kerja minimum tapi beri impak maksima
- Elak over-renovate yang tak naikkan nilai
Bila Masa Terbaik Untuk Buat Audit Rumah?
Sebelum jumpa designer
Sebelum mula renovation
Sebelum anda keluarkan RM1 pun untuk ubah apa-apa
Audit bukan kos, ia pelaburan. Ia bantu anda buat keputusan renovasi dengan yakin & tanpa penyesalan.
Apa Yang Anda Akan Dapat Bila Buat Audit Rumah Dengan Mamyhome?
anda akan terima:
📋 Checklist semakan struktur, elektrik, paip, dan layout
📐 Pelan susun atur ruang baru ikut gaya hidup & bajet
📊 Anggaran kos awal + skop kerja utama
👨🎨 Konsultasi profesional dengan interior designer berpengalaman
Nak Audit Rumah Anda Sekarang?
Tempat terhad setiap minggu — sebab kami nak pastikan kualiti servis kekal premium.
Audit dulu, baru renovate. Biar rumah anda jadi selesa, selamat, dan berbaloi.

Seorang usahawan ID berpengalaman lebih 15 tahun dalam Industri Reka Bentuk Dalaman, beliau adalah Pengarah Urusan, penulis, dan penceramah yang telah mengasaskan kumpulan syarikatnya sendiri pada tahun 2009.



